Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

KOTA KINABALU – Regatta Lepa Ke-31 dijangka menarik 50,000 pengunjung sepanjang penganjuran dari 26 hingga 28 Jun depan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara kebudayaan dan pelancongan paling ikonik di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, acara tahunan itu akan berlangsung di Dataran Regatta dan Padang Bandaran Semporna dengan pelbagai pengisian yang mengetengahkan warisan budaya masyarakat Bajau.

“Program ini dianjurkan setiap tahun dan tahun ini kita menjangkakan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat serta pelbagai pihak dari seluruh Sabah.

“Kira-kira 50,000 orang dijangka mengambil bahagian dan menghadiri pelbagai acara yang berlangsung sepanjang tiga hari penganjuran,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media Bersempena Sambutan Regatta lapa Kali-31 Tahun 2026 ,The Magellan Sutera Habour di sini, pada Isnin.

Tambah Jafry, Regatta Lepa merupakan acara tahunan kerajaan negeri yang memasuki penganjuran tahun ke-31 dan terus dilaksanakan tanpa gagal, termasuk ketika pandemik Covid-19.

“Program ini bukan sahaja memelihara warisan budaya masyarakat Bajau Semporna, malah menjadi platform memperkenalkan seni tradisional dan identiti masyarakat maritim Sabah kepada pelancong dari dalam serta luar negara.

“Ini merupakan acara tahunan yang menjadi tumpuan masyarakat Semporna dan kawasan berhampiran.

“Pada masa sama, pelancong dari dalam dan luar negara turut hadir kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran lepa berhias dan perlumbaan perahu,” kongsinya.

Menurut Jufry, majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 26 Jun, manakala majlis penutupan akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 27 Jun.

Sementara itu, Pegawai Daerah Semporna, Mas Syazwan Datuk Masood berkata, pelbagai program telah disusun sepanjang tiga hari penganjuran termasuk sukan laut, Larian Lepa dan Lepa Golf.

“Pada malam perasmian akan berlangsung pada 26 Jun, diikuti acara sukan laut pada 27 Jun sebelum diteruskan dengan malam penangguhan pada sebelah malam.

“Pertandingan Ratu Lepa yang menjadi acara tradisi Regatta Lepa turut kembali diadakan tahun ini dengan lebih 30 penyertaan diterima setakat ini, termasuk peserta dari luar Semporna.

“Pendaftaran akan bermula pada 21 Jun dan pemilihan Ratu Lepa 2026 akan dimuktamadkan pada malam penangguhan pada 27 Jun,” jelasnya.

Tambahnya, Larian Lepa dan Lepa Golf akan berlangsung serentak pada 28 Jun sebagai antara acara kemuncak penganjuran tahun ini.

Related Posts

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang