Projek infrastruktur BDDA pacu pembangunan, kesejahteraan penduduk Bukit Saban

SPAOH – Pelaksanaan projek-projek prasarana di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) terus diberi perhatian bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat memberi manfaat langsung kepada penduduk, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sesi libat urus yang diadakan menjadi medium penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan perancangan serta pelaksanaan projek pembangunan kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, program tersebut turut memberi peluang kepada rakyat mendapatkan penjelasan secara terperinci mengenai pelbagai projek yang bakal dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan komuniti.

“Taklimat telah disampaikan oleh agensi pelaksana termasuk Majlis Daerah Betong (MDB), BDDA dan beberapa agensi berkaitan bagi memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan serta memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu sempena Sesi Libat Urus Projek Prasarana BDDA yang berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh pada Khamis.

Menurut Uggah, sesi berkenaan turut membuka ruang kepada pemimpin masyarakat dan penduduk untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta maklum balas bagi membantu kerajaan mengenal pasti keperluan sebenar di peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan pendekatan libat urus itu selari dengan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja memenuhi tuntutan semasa, malah mampu menyokong pembangunan mampan serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi luar bandar.

“Kerajaan akan terus memperkasa pelaksanaan projek infrastruktur di bawah BDDA bagi merancakkan pembangunan di Bahagian Betong sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat di kawasan Bukit Saban,” ujarnya.

Tambah beliau, kerjasama erat antara agensi pelaksana, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat amat penting bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai; Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey; Pegawai Menguasa Daerah Kecil Spaoh, Deny Lim; Setiausaha MDB, Lister Clement Guwie serta tetamu lain.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih