Sultan Muhammad V zahir keprihatinan, santuni mangsa kebakaran Kampung Gok Kapur

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapur di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda bertemu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran yang memusnahkan 27 rumah pada Isnin lalu sekali gus menzahirkan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, kehadiran Sultan Muhammad V menjadi sumber kekuatan dan ketenangan kepada mangsa serta penduduk yang terkesan.

Mohd Asri berkata, keberangkatan baginda pada saat rakyat berdepan ujian dan kesusahan melambangkan kasih sayang seorang pemerintah yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Sesungguhnya, rakyat menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Sultan Muhammad V yang berkenan turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa serta menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap musibah yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Dalam lawatan itu, baginda turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam terhadap mangsa serta berharap mereka terus tabah menghadapi dugaan tersebut.

Pada Isnin lalu, kebakaran di Kampung Gok Kapur memusnahkan 27 rumah, manakala punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Musibah itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Foto: Berita Harian

Related Posts

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

KUCHING – Penolakan total terhadap sebarang bentuk sentimen politik perkauman merupakan kunci utama mengapa Sarawak terus ke hadapan menikmati keharmonian kaum dan kestabilan politik yang teguh. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

KUCHING – Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee menzahirkan penghargaan dan memuji inisiatif Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) atas kejayaan penganjuran Konvensyen Graduan Melayu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

Kuasai bahasa Inggeris demi pasaran kerja global, Sarawak tidak pinggir bahasa kebangsaan

Kuasai bahasa Inggeris demi pasaran kerja global, Sarawak tidak pinggir bahasa kebangsaan

Kerajaan memahami keresahan rakyat isu Rohingya, JKOM akan angkat kepada pihak berwajib

Kerajaan memahami keresahan rakyat isu Rohingya, JKOM akan angkat kepada pihak berwajib

MPV terbakar selepas bertembung treler, seorang maut rentung

MPV terbakar selepas bertembung treler, seorang maut rentung

KP JKOM ikrar terjemah amanat PMX ke peringkat akar umbi

KP JKOM ikrar terjemah amanat PMX ke peringkat akar umbi