Sabah sasar 600 hektar penanaman avokado menjelang 2035

KENINGAU – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) menyasarkan keluasan penanaman avokado di negeri ini meningkat kepada 600 hektar menjelang tahun 2035 bagi memperkukuh pembangunan industri tanaman bernilai tinggi itu.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, ketika ini keluasan tanaman avokado di Sabah adalah sebanyak 318 hektar, manakala daerah Keningau merekodkan keluasan 132 hektar yang terdiri daripada pelbagai varieti campuran.

“Bagi mencapai sasaran tersebut, MAFFI akan meluluskan sebanyak 50,000 bahan tanaman untuk disubsidi kepada para penanam avokado di seluruh Sabah.

“Antara varieti yang kini ditanam di Sabah ialah Avokado QAV1 yang lebih dikenali sebagai Avocado Quoin Sabah.

“Usaha memperluaskan tanaman avokado ini disokong dengan pemindahan teknologi, peningkatan kemahiran dan pengukuhan rangkaian kerjasama dengan negara yang mempunyai pengalaman luas dalam industri berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Seminar Jaringan Perkongsian Penanaman Avokado Taiwan-Malaysia di Dewan Persidangan Lembah Durian, Keningau, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jamawi menyifatkan penganjuran program berkenaan menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, idea dan pengetahuan berkaitan teknik penanaman serta pengurusan pascatuai buah avokado.

“Perkongsian kepakaran tersebut mampu mempercepatkan perkembangan industri avokado Sabah sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tempatan.

“Saya berharap program seumpamanya ini dapat diteruskan setiap tahun bagi membolehkan pengusaha tempatan memanfaatkan pengalaman dan teknologi yang dibangunkan oleh penanam avokado di Taiwan,” ujarnya.

Tambah Jamawi, berdasarkan statistik, Taiwan mempunyai keluasan tanaman avokado sebanyak 2,376 hektar dengan pengeluaran mencapai 22,599 tan metrik pada tahun 2024.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sabah Softwoods Hybrid Fertilizer Sdn Bhd atas penajaan program berkenaan yang telah disertai lebih 60 peserta.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika Malaysia (MASDA), Duani Evans, merakamkan penghargaan kepada Jamawi atas sokongan berterusan beliau terhadap pembangunan industri buah-buahan tropika serta kesudian menghadiri program berkenaan.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih