Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 entiti institusi
kewangan dan syarikat penyedia sewa beli telah bersedia sepenuhnya dan akan menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 dan peraturan subsidiari yang akan berkuatkuasa, pada Isnin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fasa kedua pula disasarkan akan dimulakan pada September 2026 dan setiap pengguna dinasihatkan membuat semakan berkaitan sebelum memuktamadkan perjanjian sewa beli.

Menurut beliau, langkah penguatkuasaan pindaan akta tersebut disifatkan mampu memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

“Sejajar dengan pindaan ini, Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 [P.U.(A) 171/2026] akan turut berkuat kuasa. Penguatkuasaan ini adalah susulan daripada pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2025 sebagai
sebahagian daripada ikhtiar memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.

“Sebelum pindaan ini, antara isu yang sering menjadi keluhan rakyat adalah berkaitan transaksi sewa beli dalam pembelian kenderaan, khususnya melibatkan beban caj faedah tersembunyi serta baki pinjaman yang masih
tinggi walaupun pengguna membuat penyelesaian awal pinjaman.

“Keadaan itu menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, reformasi undang-undang itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus, berintegriti, meningkatkan tadbir urus industri, serta melindungi hak dan kepentingan rakyat sebagai pengguna di seluruh negara.

Menurut beliau, peruntukan baharu melalui pindaan yang telah dibuat memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki dan Kadar Faedah Efektif bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap dilihat faedah pengguna dikira berdasarkan baki pinjaman semasa, sekali gus menjadikan
penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna.

“Pemansuhan penggunaan Kadar Faedah Tetap Sama Rata (tflat rate) dan kaedah Peraturan 78 (Rule of 78). Di bawah kaedah itu, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah, manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.

“Penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli sejajar dengan transformasi digital. Ini termasuk kebenaran untuk menggunakan tandatangan serta penyerahan dokumen secara digital dan elektronik bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perjanjian.

“Di samping itu, pindaan ini turut memperkenalkan keperluan dua
pelaksanaan usaha wajar (due diligence) untuk pengesahan identiti peminjam sebagai langkah mengurangkan risiko penipuan,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit