Dokumentasi, pemetaan budaya etnik Sabah diteruskan hingga 2030 – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah meneruskan usaha mendokumentasikan dan memetakan budaya etnik di negeri ini sehingga tahun 2030 bagi memastikan warisan pelbagai kaum terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun itu juga akan menjadi rujukan kepada pelancong yang ingin mengenali kepelbagaian budaya unik Sabah.

“Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan budaya, sebaliknya platform penting untuk memelihara tradisi etnik daripada pupus, memupuk toleransi serta memperkukuh kestabilan politik dan pembangunan negeri.

“Malah usaha lima tahun kerajaan negeri sehingga tahun 2030 sedang berjalan untuk mendokumentasikan pemetaan budaya etnik bagi rujukan generasi akan datang dan juga pelancong,” kongsinya semasa berucap pada majlis penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, pada Ahad.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kepelbagaian etnik dan budaya yang menjadi kekuatan Sabah perlu terus dipelihara dan dijadikan asas kepada perpaduan rakyat.

“Perbezaan kepelbagaian etnik dan budaya di Sabah tidak harus menjadi penghalang sebaliknya menjadi asas penyatuan rakyat dan pembangunan negeri ini.

“Pesta Kaamatan turut mengingatkan rakyat bahawa setiap hasil yang dikecapi memerlukan usaha gigih, kesetiaan dalam bekerja dan semangat kerjasama yang kukuh,” ujarnya.

Tambahnya, masa depan Sabah yang makmur tidak dibina melalui retorik semata-mata tetapi memerlukan kerja keras, kesepakatan, keharmonian dan keikhlasan seluruh lapisan masyarakat.

“Masa depan Sabah yang makmur tidak akan terbina dengan retorik semata-mata tetapi melalui kerja keras, kesepakatan, keharmonian dan keikhlasan seluruh lapisan masyarakat.

“Insya-Allah Sabah akan terus melangkah ke hadapan sebagai negeri yang aman, sejahtera, maju jaya dan dihormati berteraskan nilai-nilai budayanya yang unik ditambah dengan sokongan padu daripada rakyat keseluruhannya,” katanya.

Ketua Menteri turut mengajak rakyat Sabah terus meraikan kepelbagaian budaya yang dimiliki dalam suasana penuh keharmonian melalui sambutan Pesta Kaamatan.

Tambahnya lagi, kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif sosioekonomi termasuk pembangunan semula sektor pertanian dan padi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini