Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah hingga Rabu ini.
Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli.
Di Pahang pula membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala amaran meliputi seluruh Terengganu.
Di Sabah, amaran bermula esok hingga Rabu membabitkan Kudat serta Sandakan iaitu Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan dan Kinabatangan.
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman web, media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.



