Mahkamah Anak Negeri Tongod lambang komitmen kerajaan perkasa institusi adat

TONGOD – Pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Tongod disifatkan amat bermakna bukan sahaja kepada masyarakat daerah itu, malah seluruh rakyat Sabah kerana mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa institusi adat Anak Negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, bangunan yang mula beroperasi pada awal tahun ini menjadi mercu tanda penting kepada Tongod dan dijangka meningkatkan kemudahan perkhidmatan kehakiman adat di daerah berkenaan.

“Institusi adat tidak boleh dilihat sekadar sebagai warisan lama, sebaliknya perlu terus diperkukuhkan sebagai institusi relevan dalam menjaga keharmonian masyarakat.

“Institusi adat memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian adat, memelihara perpaduan komuniti serta membantu memperkukuh kestabilan sosial di Sabah,” ujarnya semasa merasmikan Bangunan MAN Tongod, pada Rabu.

Tambah Hajiji, kerajaan negeri terus memperkukuh institusi Adat Anak Negeri menerusi pembangunan infrastruktur serta penambahbaikan sistem pentadbiran adat selaras agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Komitmen ini diterjemahkan melalui pembinaan MAN di beberapa daerah termasuk Putatan, Nabawan, Papar, Tamparuli dan Sook, selain projek baharu yang kini dalam proses tender di Kota Kinabalu dan Paitan.

“Usaha memperkukuhkan MAN perlu diteruskan dengan memastikan bidang kuasanya jelas dan mencukupi selain membina struktur institusi yang mantap serta disokong pegawai berintegriti dan berwibawa.

“Penambahbaikan prosedur yang lebih moden, teratur dan berkesan juga perlu dilaksanakan selaras dengan keperluan semasa,” ujarnya.

Beliau turut menghargai peranan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung serta seluruh warga Mahkamah Anak Negeri yang menjadi penghubung penting antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, golongan itu memainkan peranan besar dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara khususnya di Sabah yang kaya dengan kepelbagaian kaum, adat dan budaya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua ketua adat dan warga MAN supaya terus meningkatkan prestasi dalam mengurus serta menyelesaikan aduan dan pertikaian dalam komuniti Anak Negeri.

“Mereka yang memegang jawatan berkaitan adat hendaklah memahami amalan adat dan undang-undang adat yang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan seluruh rakyat Sabah mendapat akses kepada kemudahan asas, peluang ekonomi dan kualiti hidup lebih baik menerusi pembangunan wilayah yang seimbang.

“Tongod mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian dan eko-pelancongan selain dikenali sebagai ‘The Heart of Sabah’ kerana kedudukannya di tengah-tengah negeri serta kekayaan alam semula jadi, hutan tropika dan biodiversiti unik.

“Keindahan alam semula jadi Tongod termasuk Imbak Canyon mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus membantu menjana ekonomi penduduk setempat.

“Saya optimis Tongod mampu berubah wajah sekiranya cadangan pihak swasta dengan kerjasama kerajaan negeri untuk membangunkan pekan baharu di kawasan seluas 1,000 ekar menjadi kenyataan.,” kongsinya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik