108 kes lebih muatan direkod dalam tempoh empat hari operasi khas

KOTA KINABALU – Sebanyak 108 kesalahan lebih muatan direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Lebih Muatan di seluruh negeri bermula 16 hingga 20 Mei ini.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, dalam tempoh itu sebanyak 1,530 kenderaan diperiksa dengan 259 kenderaan perkhidmatan barangan diambil tindakan.

Menurutnya, operasi ini memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya, meningkatkan pematuhan kepada peraturan lalulintas pengguna jalan raya.

“Operasi berkenaan turut bertujuan membantu kecekapan operasi pengangkutan awam selain mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

“Tiada sekatan perjalanan dikenakan terhadap kenderaan perkhidmatan barangan sepanjang operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Tambah beliau, semua pengusaha kenderaan perkhidmatan barangan dinasihatkan supaya mematuhi syarat permit yang ditetapkan dan tidak membawa lebih muatan.

“Kesalahan membawa lebih muatan merupakan pelanggaran di bawah Seksyen 19(1)(b)(vi) Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Kaedah 89 C&U 1989.

“Pesalah boleh dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,”jelasnya.

Tambah Harris, enam stesen penguatkuasaan timbang statik dan tiga alat timbang mudah alih digunakan sepenuhnya bagi mengenal pasti pelanggaran had muatan di Sabah,

“JPJ negeri turut meneruskan aktiviti penguatkuasaan dan lebih 50 program advokasi keselamatan jalan raya menerusi kempen “Pandu Cermat, Sampai Selamat” bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabah (MKJR) serta rakan strategik termasuk pihak media,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik