
KOTA KINABALU – Pusat sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting sebagai hab komuniti dengan pelbagai program bermanfaat yang membantu masyarakat setempat termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan belia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, NADI memberi sumbagan yang amat baik kepada masyarakat.
“Di sini (NADI) ada kursus keusahawanan secara atas talian, kelas tuisyen rakyat dan pertandingan ‘Mobile Legends’ untuk anak-anak muda kita.
“Banyak lagi aktiviti lain dan NADI memang pusat masyarakat,” katanya selepas melawat NADI Kampung Warisan, di sini, pada Isnin.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pelbagai program dianjurkan di NADI berkenaan menarik perhatian beliau sehingga sanggup meluangkan masa untuk singgah walaupun mempunyai jadual yang padat.
.
Oleh itu, beliau mahu memastikan agar maklumat berkaitan inisiatif Kerajaan MADANI juga kerajaan negeri dapat disebarluas kepada masyarakat.




