Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

GOPENG – Usaha melahirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang lebih berkeyakinan, berdikari dan berdaya saing terus diperkasa menerusi Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Negeri Perak 2026 yang memberi pengalaman baharu kepada peserta melalui aktiviti rekreasi, eksplorasi alam dan pembinaan jati diri.

Program selama dua hari di Rex Camp, dekat sini melibatkan seramai 30 peserta OKU dengan pengisian aktiviti yang dirangka khusus bagi meningkatkan keberanian, kemahiran komunikasi serta semangat kerjasama dalam suasana mencabar dan inklusif.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Asmori Sa’ahari berkata, program berkenaan menjadi platform penting dalam membuka ruang kepada golongan OKU untuk membina potensi diri dan membuktikan kemampuan mereka dalam pelbagai bidang.

“Program ini bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi medium pembangunan sahsiah dan keyakinan diri peserta supaya mereka lebih berani mencuba sesuatu yang baharu serta mampu berdikari.

“Pendekatan seperti ini penting dalam melahirkan komuniti OKU yang aktif, berdaya tahan dan terus diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti belia, sukan serta rekreasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, penganjuran program itu juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam memastikan pembangunan komuniti OKU dilaksanakan secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

“Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar dan eksplorasi alam yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah membantu meningkatkan interaksi sosial serta semangat berpasukan,” ujarnya.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama strategik daripada Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak menerusi Sektor Pendidikan Khas, barisan Penggerak dan Jurulatih Sukan Para Negeri Perak serta pihak pengurusan Rex Camp.

Mengulas lanjut, Asmori berkata, inisiatif itu dilihat selari dengan usaha memperkukuh pembangunan komuniti OKU melalui pendekatan aktif, inklusif dan berdaya saing ke arah melahirkan masyarakat yang lebih prihatin serta menyokong penyertaan golongan berkenaan dalam pelbagai aktiviti pembangunan belia di negeri ini.

Foto: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar