Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

KOTA BELUD – Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP) dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah, khususnya penduduk di daerah tersebut apabila ia mula beroperasi kelak.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata, pembukaan KBIP sejajar dengan usaha kerajaan negeri memperluaskan pembangunan sektor perindustrian menerusi pembukaan tiga taman perindustrian baharu di Beaufort, Kudat dan Kota Belud.

“Daripada lebih 13,000 ekar kawasan yang dikenal pasti pada peringkat awal, kerajaan bersetuju membangunkan kira-kira 3,300 ekar bagi KBIP.

“Ketika ini proses perolehan kawasan melibatkan tanah kerajaan dan tanah lain sedang dilaksanakan dan sudah tentu ia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun.

“Dalam masa yang sama, kementerian juga bergerak untuk mempromosikan taman-taman perindustrian ini yang telah diputuskan oleh kabinet,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, kementeriannya telah mengadakan lawatan promosi pelaburan ke Taiwan dan China bagi menarik syarikat luar melabur di Sabah baru-baru ini.

“Hasil lawatan itu, kita telah menerima komitmen pertama daripada Dongfeng Motor, sebuah syarikat pengeluar kenderaan dari China yang bekerjasama dengan syarikat tempatan Sabah, Kim Teck Cheong Berhad.

“Mereka telah memohon sekitar 200 ekar tanah di Taman Perindustrian Kota Belud untuk membangunkan kilang pemasangan kenderaan mereka,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ewon berkata, selain syarikat berkenaan, sebuah syarikat dalam sektor minyak dan gas turut memohon kira-kira 50 ekar tanah di kawasan itu.

“Kementerian akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan asing ke Sabah, termasuk menerusi lawatan kerja ke Korea Selatan pada 8 hingga 12 Jun depan.

“Saya akan bertemu tiga syarikat dari Korea Selatan yang telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan perusahaan mereka di Sabah.

“Sebagai wakil rakyat dari Kadamaian dan Kota Belud, saya perlu meyakinkan mereka supaya memilih Taman Perindustrian Kota Belud sebagai destinasi pelaburan mereka.

“Apabila taman perindustrian ini mula beroperasi dan syarikat-syarikat mula bertapak di situ, peluang pekerjaan pertama perlu diberikan kepada rakyat Kota Belud khususnya di Kadamaian, Usukan, Tempasuk dan Pintasan,” kongsinya.

Related Posts

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

KOTA KINABALU – Pusat sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting sebagai hab komuniti dengan pelbagai program bermanfaat yang membantu masyarakat setempat termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

GOPENG – Usaha melahirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang lebih berkeyakinan, berdikari dan berdaya saing terus diperkasa menerusi Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Negeri Perak 2026 yang memberi pengalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI