Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

IPOH – Kerajaan MADANI meluluskan pengambilan 3,150 guru baharu, jumlah tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan memperkukuh sistem pendidikan negara dan kebajikan warga pendidik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan kekal menjadi keutamaan kerajaan kerana masa depan negara bergantung kepada kekuatan sistem pendidikan yang mampu melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Menurut beliau, selain pengambilan guru baharu, sebanyak 3,500 sekolah di seluruh negara akan menerima projek penyelenggaraan serta naik taraf bilik guru, manakala lebih 8,700 unit kuarters guru turut diselenggara bagi memastikan kebajikan warga pendidik terus terbela.

“Kalau wang tidak ada, saya cari juga. Pendidikan mesti diberi keutamaan kerana masa depan negara bergantung kepada kejayaan sistem pendidikan kita,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 di Hotel Casuarina@Meru pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan sistem pendidikan negara tidak boleh kehilangan nilai kemanusiaan dan akhlak walaupun dunia kini bergerak pantas dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.

Beliau berkata, kemajuan teknologi perlu diseimbangkan dengan pembentukan sahsiah, kasih sayang dan nilai kemanusiaan kerana pendidikan bukan sekadar melahirkan tenaga kerja mahir, tetapi membentuk insan serta masa depan negara.

“Kita tidak mahu ketinggalan dalam teknologi baharu dan AI, tetapi dalam semua usaha mencapai kemajuan itu, jangan sesekali kita abaikan nilai kemanusiaan dan akhlak masyarakat,” katanya.

Bertemakan ‘Guru Bitara Nadi Negara’, sambutan itu menghimpunkan lebih 3,000 warga pendidik dari seluruh negara sebagai simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru dalam membentuk masa depan negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan beberapa pengiktirafan utama termasuk pengiktirafan Sekolah Terbaik Dunia kepada SK Putrajaya Presint 11 (1).

Turut menerima pengiktirafan ialah Ahmad Rafee Che Kassim yang dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, manakala Abdul Rasid Bakar menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan.

Foto: Bernama

Related Posts

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

SHAH ALAM – Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada teknologi yang dibangunkan negara lain, sebaliknya perlu berusaha mencipta, memiliki dan menguasai teknologi sendiri bagi memastikan daya saing negara terus kukuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

KUALA LUMPUR – Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam itu bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia adalah tuduhan serius dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing