Sarawak dijangka negeri pertama berstatus ‘masyarakat menua’ menjelang 2030

KOTA SAMARAHAN – Sarawak dijangka menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai status masyarakat menua atau aging society menjelang 2030, sekali gus menuntut persiapan awal yang rapi dalam sistem penjagaan kesihatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, peningkatan jangka hayat penduduk membawa cabaran baharu kerana sebahagian besar golongan warga emas lebih terdedah kepada pelbagai komplikasi penyakit.  

Menurut beliau, berdasarkan data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2025, hanya kira-kira 15 peratus sahaja warga emas berusia 60 tahun ke atas yang benar-benar sihat.

“Baki 85 peratus lagi berdepan dengan pelbagai beban kesihatan.

“Ini termasuklah penyakit kronik tidak berjangkit seperti masalah kolesterol, kencing manis dan tekanan darah tinggi, selain berisiko mengalami masalah kesihatan mental seperti penyakit Alzheimer,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata demikian ketika berucap sempena ‘4th International Nursing Student Conference 2026’ di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA UNIMAS pada Sabtu.  

Mengulas lanjut berkenaan peralihan demografi itu, Dr Sim menegaskan peranan penting jururawat yang kini menjadi tulang belakang dan barisan hadapan sistem kesihatan.

Jelas beliau, skop kerja jururawat kini telah berkembang melangkaui tugas biasa di wad hospital, sebaliknya mula mencakupi penjagaan kesihatan dalam komuniti dan rawatan pesakit di rumah.

“Kerjaya kejururawatan kini turut memerlukan kepakaran tinggi dan kemampuan untuk pantas mengadaptasi teknologi moden. Ini termasuklah menguasai penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) bagi memperkasakan kualiti rawatan pesakit,” ujarnya.

Terdahulu, persidangan antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu menjadi platform pertemuan yang kondusif buat peserta tempatan dan delegasi dari Singapura, Indonesia serta Maldives.  

Penganjuran acara itu bertujuan untuk merancakkan perkongsian idea serta memperkukuh rangkaian profesional bagi melahirkan pemimpin kejururawatan yang mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang adil dan berkualiti untuk semua.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar