Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik.

Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat membawa balik bekas pemimpin UMNO yang pernah meninggalkan parti sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, susulan pengumuman dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan malam tadi, lebih 6,000 bekas ahli UMNO yang digantung atau dipecat, diterima semula menyertai parti.

“Dan ini adalah perkembangan yang baik… ia selari dengan ilham Presiden yang membuka ruang seluas-luasnya kepada individu yang pernah meninggalkan parti untuk kembali bersama.

“Saya pun menyambut baik inisiatif ini kerana ia dapat menyatukan orang Melayu dalam masa sama mengembalikan kekuatan parti,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan menarik balik penggantungan dan pemecatan tiga tokoh UMNO – Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar – Wan Rosdy mengalu-alukan keputusan berkenaan dan ia pasti akan memberi kelebihan kepada parti.

“Ramai lagi (tokoh) yang pernah meninggalkan kita akan kembali… ia akan ( berlaku) secara berperingkatlah. Macam di tempat (Bahagian) saya (Cameron Highlands), tadi pun dah ada 12 orang yang mohon untuk masuk balik UMNO,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas berkaitan keputusan MKT untuk membenarkan permohonan keahlian UMNO dibuat secara dalam talian, beliau yang juga Menteri Besar Pahang memaklumkan, terdapat mekanisme tertentu akan guna pakai supaya proses berkenaan lebih memudahkan.

“Bukan bermakna semudah-mudahnya bila kita umum boleh isi (borang ahli) dalam talian, ia akan ada kaedah dan mekanisme tertentu… tapi ia akan lebih memudahkanlah,” katanya.

Related Posts

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik