PRN Sarawak ke-13: GPS sasar sapu bersih 100 peratus kerusi

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin mampu melakar sejarah dengan menyapu bersih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sasaran 100 peratus itu adalah realistik memandangkan rekod cemerlang gabungan berkenaan di bawah teraju Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), GPS telah membuktikan penguasaannya apabila memenangi 93 peratus atau 76 daripada 82 kerusi DUN pada PRN 2021.

“Di bawah kepemimpinan beliau (Abang Johari), GPS melakar sejarah. Mungkinkah pada pilihan raya akan datang kita mampu mendapat 100 peratus? Boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,100 perwakilan yang hadir pada Konvensyen GPS Kedua di sini pada pagi ini.

Uggah berkata lagi, wilayah ini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sumber minyak dan gas, sebaliknya mengambil langkah berani melabur ke arah teknologi hijau dan masa depan.

Menurut Uggah lagi, komitmen itu dapat dilihat apabila 70 peratus daripada bekalan elektrik di Sarawak kini dijana menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Hari ini Sarawak berdiri teguh berbekalkan kekuatan tenaga hidro yang besar dan stabil.
“Pembangunan hidrogen sebagai sumber baharu serta ekosistem tenaga bersih termasuk tenaga solar telah berjaya menarik pelaburan global,” katanya.

Uggah menambah, visi dan keberanian Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memacu pembangunan mampan dan tenaga boleh diperbaharui turut mendapat perhatian antarabangsa.

Jelasnya, Abang Johari telah dianugerahkan ‘Forward Faster Sustainability Visionary Award’ oleh rangkaian United Nations Global Compact sebagai pengiktirafan terhadap impak tinggi kepimpinan beliau dalam kelestarian.

“Malah, beliau turut dikurniakan darjah kebesaran ‘The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star’ oleh Maharaja Jepun atas pengiktirafan memajukan ekonomi hijau.

“Hasilnya jelas, pada ketika dunia sedang berdepan dengan krisis tenaga dan ketidaktentuan global, Sarawak kekal tenang dan goyah.

“Kita bukan sahaja berdaya tahan, malah kini semakin berdaya saing di pentas dunia,” tegas beliau.

Related Posts

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik