PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkembangan politik semasa tidak boleh dilihat menggunakan satu acuan kerana setiap negeri mempunyai landskap dan dinamik politik tersendiri.

“Kerana kita tahu bahawa setiap negeri mempunyai keunikan politik masing-masing. Jadi tak mustahil dinamika itu juga menjelma bagi pihak Pakatan Harapan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama antara PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Fahmi berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan ke arah itu.

Kenyataan itu susulan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang memaklumkan partinya tidak akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya akan bertanding dalam sebuah gabungan politik.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan perkara yang tertakluk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Pada pihak kerajaan, PH sendiri telah mengeluarkan kenyataan minggu lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang bertanggungjawab mewakili kerajaan dalam Lembaga Pengampunan juga telah memberikan kenyataan.

“Keputusan memberikan pengampunan bersyarat itu adalah keputusan Tuanku,” katanya.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti