Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu terlebih dahulu mendengar pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung hasratnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pandangan Anthony penting untuk didengar memandangkan isu membanteras rasuah merupakan antara prinsip yang konsisten ditegaskan kerajaan.

“Saya dimaklum (mengenai peletakan jawatan), dia dah maklum kepada saya. Saya belum sempat bincang apa pun lagi.

“Saya kena dengar pandangan dia. Saya faham sebab dia ini orang yang ada prinsip dan dia memang dari awal konsisten bantah aturan yang boleh beri gambaran seolah-olah kita lemah atau longgar terhadap amalan rasuah.

“Terutama bila kita ambil tindakan lain yang banyak, termasuk rasuah-rasuah kecil. Jadi lebih baiklah saya jumpa dia, dengar pandangan dia dan baru saya boleh bagi keputusan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Ahad.

Anthony pada Sabtu dilaporkan mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatannya selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan bertemu Anthony dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan secara lanjut.

“Dia pun nak ke Shanghai. Mungkin dia ke Shanghai dulu (tetapi) sudah maklum kepada saya. Dia akan bawa (perkara itu) dan bincang dengan saya.

“Saya kata tak apalah, bila ada ruang (jumpa) sebab hari ini saya di sini, kemudian ke Melaka. Esok dia ke Shanghai, saya ke Shanghai pada hari Selasa atas perbincangan dengan Premier Li Qiang,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET