Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, sebanyak 25 perkara dibangkitkan menerusi Program Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Zon Sabah yang dikategorikan mengikut pembangunan belia dan sukan untuk penelitian lanjut.

“Yang paling penting ialah bagaimana kerajaan cuba membantu dan terlibat dalam membantu rakyat di akar umbi.

“Mereka hanya mahukan perkara yang mudah seperti fasiliti sukan, dana program dan penganjuran program,” ujarnya semasa ditemui selepas program berkenaan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, di sini, pada Ahad.

Menurut Mordi, ketidakseimbangan pembangunan projek dan penganjuran program belia turut menjadi antara perkara dibangkitkan peserta, khususnya aktiviti yang didakwa lebih tertumpu di sekitar Kota Kinabalu.

“Perkara itu akan diberi perhatian bagi memastikan program pembangunan belia dan sukan dapat diperluas sehingga ke kawasan luar bandar serta manfaatnya dinikmati secara lebih menyeluruh.

“Selain itu, isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan turut mendapat perhatian peserta, ia mencerminkan keperluan golongan belia yang bukan hanya tertumpu kepada aktiviti dan kemudahan, tetapi juga aspek sosioekonomi.

“Isu kos tiket penerbangan membabitkan atlet Sabah turut dibangkitkan, namun perkara berkenaan melibatkan pelbagai faktor dan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Walau apa pun cadangan atau perkara yang dibangkitkan, kita ambil maklum dan akan cuba salurkan kepada pihak yang betul, termasuk Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Mengulas tindakan susulan, Mordi berkata, semua pandangan dan cadangan daripada belia Sabah akan dikumpulkan, dikaji serta diteliti sebelum dipertimbangkan untuk diangkat kepada pihak berkaitan.

“Sesi libat urus ini menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan secara langsung daripada akar umbi, khususnya berkaitan keperluan, kemahuan dan perkara yang perlu ditambah baik dalam belanjawan akan datang.

“Semua input tadi kita akan kumpul, kaji semula, teliti dan pertimbangkan untuk diangkat,” katanya.

Mordi berharap siri libat urus yang akan diteruskan di Sarawak dan Melaka dapat memperoleh lebih banyak pandangan baharu untuk dipertimbangkan sebelum input berkaitan dibawa kepada Kementerian Ekonomi.

Sesi libat urus berkenaan menghimpunkan kira-kira 120 peserta mewakili sekitar 50 persatuan belia dan pasukan dari seluruh Sabah.

Related Posts

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik