Insentif pertanian ditambah, ringankan beban petani hadapi krisis

PUTRAJAYA – Insentif tambahan diumumkan kerajaan bagi membantu pesawah, petani dan pekebun kecil disifatkan sebagai langkah signifikan yang memberi kelegaan kepada golongan itu susulan kenaikan kos bahan api akibat krisis tenaga global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kenaikan kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) daripada RM160 kepada RM300 sehektar tentunya memberi kelegaan kepada sebahagian pesawah yang bakal memulakan musim penanaman bulan ini.

Beliau berkata, peningkatan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi daripada RM300 kepada RM400 sebulan juga membuktikan Kerajaan MADANI memahami beban yang sedang ditanggung oleh lebih 200,000 petani dan pekebun kecil yang kini bergelut dengan peningkatan kos operasi pertanian.

“Bang Mat turut menghargai langkah kerajaan memudah cara pembelian diesel bagi kegunaan jentera pertanian melalui pelonggaran syarat permit khas untuk pembelian bahan api melebihi 20 liter, yang pastinya akan melancarkan operasi di lapangan.

“Kesemua langkah tambahan ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI terus cakna dan peduli terhadap kebajikan pesawah dan petani negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad meyakini semua bantuan yang diumumkan itu bukan langkah terakhir kerajaan dalam memastikan sektor pertanian negara kekal aktif, berdaya tahan dan mampu menjamin keterjaminan makanan rakyat.

“Tentunya kerajaan dari semasa ke semasa akan melihat kesan krisis tenaga global ke atas sektor keterjaminan makanan dan akan mempertimbangkan langkah mitigasi tambahan sekiranya diperlukan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam taklimat krisis tenaga global mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar IPKP, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu kepada rakyat Malaysia yang layak.

Menurutnya, ia merupakan langkah segera mengurus krisis tenaga global, sekali gus melindungi dan menjamin kelangsungan hidup rakyat yang membanting tulang sebagai pesawah.

Related Posts

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

PAPAR – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merekodkan 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September lalu, selepas jumlah transaksi program itu menunjukkan peningkatan ketara sejak diperkenalkan pada 2023.‎Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM