‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

PAPAR – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merekodkan 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September lalu, selepas jumlah transaksi program itu menunjukkan peningkatan ketara sejak diperkenalkan pada 2023.
‎
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, secara keseluruhan sebanyak 81,455,623 transaksi direkodkan menerusi PJRM dari Januari 2023 hingga 23 September tahun ini.
‎
‎”Sebanyak 9,244,504 transaksi direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 12,826,708 transaksi pada 2024.
‎
‎“Melalui pertambahan peruntukan yang disalurkan kepada KPDN, kehadiran rakyat dalam PJRM jauh meningkat dengan mencapai 27,534,770 transaksi pada tahun 2025.
‎
‎“Jumlah itu terus melonjak kepada 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September 2026,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
‎
‎Menurut Armizan, peningkatan berterusan itu berlaku seiring usaha kerajaan memperluaskan pelaksanaan dan akses rakyat kepada program berkenaan.
‎
‎Tambahnya, PJRM yang dirintis sebagai program jualan murah di bawah agenda Payung RAHMAH pada 2023 diperkasakan mulai 2024 sebagai program tetap kerajaan dengan peruntukan khusus.
‎
‎Program itu menawarkan barangan keperluan harian pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

Related Posts

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan pelekat khas memaparkan kod QR Takwim Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) di lokasi tumpuan awam seluruh negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi