Kerajaan naikkan bantuan BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Individu kepada RM400

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI memutuskan untuk meningkatkan kadar bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi bulan ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan berkenaan akan mula disalurkan pada 21 April.

“BUDI Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan.

“BUDI Diesel Individu dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung dengan dana tambahan sekitar RM15 juta sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju menaikkan kadar Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) daripada RM160 kepada RM300 sehektar bagi musim penanaman tahun ini.

Menurut MoF, kenaikan itu melibatkan tambahan peruntukan sekitar RM40 juta dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 200,000 pesawah padi yang sebahagiannya akan memulakan penanaman dalam masa terdekat.

“Sebagai bantuan tambahan, tahun lalu juga Kerajaan MADANI memperkenalkan Insentif Penuaian sebanyak RM50 untuk sehektar semusim bagi meringankan beban kenaikan kos input,” kata kementerian itu.

MoF berkata, secara keseluruhan kerajaan dijangka menanggung subsidi sekitar RM7 bilion bagi April 2026, termasuk tambahan RM75 juta untuk pelaksanaan ketiga-tiga inisiatif bantuan diesel.

Pada masa sama, kerajaan turut mengambil langkah memudah cara pembelian diesel bagi kegunaan selain kenderaan.

Katanya, syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter akan dilonggarkan.

Langkah itu membolehkan pemilik mesin atau jentera pertanian membeli diesel melebihi had berkenaan dengan hanya mengemukakan pendaftaran jentera.

“Kerajaan akan memperincikan garis panduan pelaksanaan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT