Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan struktur demografi apabila negara dijangka menjadi negara sangat tua menjelang 2060.

 Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Rangka Tindakan 2045 kini dalam proses tindakan kerajaan dan dirancang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini.

Beliau berkata, Malaysia telah mencapai status negara menua pada 2021 apabila penduduk berusia 65 tahun ke atas mencapai tujuh peratus daripada keseluruhan populasi negara.

“Malaysia dijangka menjadi negara menua sepenuhnya pada 2048 apabila kumpulan berusia 65 tahun ke atas mencapai 14 peratus, sebelum meningkat kepada 20 peratus dan dikategorikan sebagai negara sangat tua sekitar 2060.

 “Malaysia hanya mengambil masa sekitar 27 tahun untuk beralih daripada negara menua kepada negara sangat tua. Sebagai perbandingan, Perancis mengambil masa 115 tahun, Australia 73 tahun dan Amerika Syarikat 69 tahun,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, mengenai persediaan kerajaan menghadapi perubahan demografi dan kesannya terhadap ekonomi setempat.

 Menurut Akmal, keadaan itu lebih mencabar kerana Malaysia berdepan situasi penuaan penduduk ketika tahap pendapatan negara masih lebih rendah berbanding negara maju yang pernah melalui proses sama.

 Katanya, keadaan itu menyebabkan ruang masa untuk membuat persediaan lebih terhad, selain berdepan pertumbuhan tenaga kerja yang lebih perlahan, ketidakcukupan simpanan persaraan serta perubahan terhadap sokongan keluarga.

 “Kerajaan mengiktiraf potensi ‘silver economy’ dalam memenuhi keperluan masyarakat yang semakin menua, termasuk memastikan golongan warga emas kekal produktif dan terus menyumbang kepada ekonomi,” katanya.

 Beliau berkata, pembangunan indikator khusus berkaitan ekonomi warga emas akan dinilai bersama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan dasar dan intervensi yang dilaksanakan bersesuaian dengan perubahan demografi negara.

tangan warga emas

Dalam pada itu, menjawab isu Sekijang yang manyatakan kira-kira 10 peratus warga emas berusia 65 tahun ke atas daripada keseluruhan penduduk ditambah penurunan kemasukan murid di sekolah-sekolah di Segamat, beliau menyatakan ia faktor pendorong yang tindakannya perlu bermula sekarang.

“Namun, bagi Sekijang, terdapat faktor tambahan iaitu penghijrahan golongan muda keluar dari kawasan berkenaan yang menyebabkan komposisi penduduk semakin beralih kepada kumpulan warga emas.

“Pendekatan untuk menangani perubahan tersebut perlu dimulakan dari sekarang, termasuk meneroka potensi ekonomi setempat yang boleh memberi peluang kepada golongan muda untuk terus tinggal dan bekerja di kawasan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Akmal berkata terdapat potensi untuk membangunkan aktiviti berkaitan rekreasi dan ekonomi warga emas bagi memastikan golongan berkenaan kekal aktif serta produktif.

 Beliau turut tidak menolak kemungkinan pelaksanaan projek rintis di kawasan yang mengalami perkembangan lebih pantas ke arah populasi menua, sebagai model untuk menangani perubahan demografi di kawasan lain pada masa akan datang.

Related Posts

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

KUALA LUMPUR – Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi, hari ini. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

PENETAPAN 50 ekar di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu menjadi langkah penting melindungi kepentingan Bumiputera di kawasan bandar bernilai tinggi. Belanjawan 2027 diharap meneruskan usaha itu dengan sokongan pelaksanaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti