Maguire kekal di United semusim lagi

PERTAHANAN tengah Manchester United, Harry Maguire terus kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk semusim lagi selepas menandatangani kontrak lanjutan baharu selama setahun.

Pemain England berusia 33 tahun itu sebelum ini berada pada bulan-bulan terakhir kontraknya, namun Maguire yang menyertai United dari Leicester City dengan nilai £80 juta (RM427 juta) pada 2019 bersetuju dengan terma baharu yang turut mengandungi pilihan lanjutan setahun lagi.

“Mewakili Manchester United adalah satu penghormatan tertinggi,” kata Maguire dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Ia adalah tanggungjawab yang membuatkan saya dan keluarga saya bangga setiap hari.

“Saya gembira dapat melanjutkan perjalanan saya bersama kelab hebat ini sekurang-kurangnya hingga lapan musim dan terus beraksi di hadapan penyokong istimewa kami untuk mencipta lebih banyak detik menakjubkan bersama.”

“Anda dapat merasai cita-cita dan potensi skuad ini. Keazaman seluruh kelab untuk memburu trofi utama jelas dapat dilihat dan saya yakin detik terbaik kami masih menanti,” tambahnya.

Maguire menjadi tonggak utama United sejak bekas pemain kegemaran Old Trafford, Michael Carrick mengambil alih tugas pengurus sementara.

Prestasi cemerlangnya turut menghadiahkan panggilan semula ke skuad England bulan lalu, apabila dia membuat penampilan antarabangsa pertama dalam tempoh 18 bulan dengan beraksi dalam kedua-dua perlawanan persahabatan di Wembley.

Setakat ini, Maguire sudah membuat 266 penampilan bersama United termasuk membantu kelab itu menjulang Piala FA dan Piala Liga.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir