Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi.

Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat tersenarai awam mengumumkan perjanjian itu menerusi dokumen yang difailkan kepada Bursa Istanbul dan disiarkan melalui Platform Pendedahan Awam Turkiye.

Salah akan menerima gaji tahunan sebanyak €10 juta serta bayaran menandatangani kontrak berjumlah €7 juta bagi setiap musim.

Penyerang itu juga layak menerima bonus bersyarat pada setiap musim, namun kelab berkenaan tidak mendedahkan jumlah atau kriteria prestasi yang ditetapkan.

Menerusi perjanjian berasingan berkaitan hak imej, Salah akan menerima 20 peratus daripada hasil jualan produk yang menggunakan namanya dan dipasarkan oleh syarikat peruncitan Trabzonspor.

Kelab itu juga akan membayar yuran ejen bersamaan lima peratus daripada jumlah pendapatan kasar pemain berkenaan.

Perjanjian itu melengkapkan satu daripada perpindahan paling berprofil tinggi dalam sejarah Super Lig Turkiye.

Related Posts

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana