Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

KAMPAR – Seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan penderaan fizikal serta gangguan seksual terhadap dua anak kandungnya di sebuah rumah kediaman di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazrin Daud berkata, suspek ditahan pada 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, siasatan dijalankan susulan maklumat diterima daripada pihak sekolah selepas seorang mangsa membuat pendedahan kepada guru kaunseling mengenai kejadian yang didakwa berlaku di rumah kediaman.

“Hasil siasatan lanjut, seorang lagi mangsa yang juga merupakan abang kepada mangsa turut dipercayai menjadi mangsa perbuatan sama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, polis turut merampas sebuah peranti elektronik milik suspek untuk tujuan analisis forensik, manakala permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih terperinci.

“Selain itu, kedua-dua mangsa telah dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan perubatan serta menerima perlindungan dan bantuan sewajarnya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Mohamad Nazrin menegaskan polis memandang serius sebarang bentuk penderaan dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh mendedahkan identiti mangsa atau menjejaskan proses siasatan yang masih dijalankan.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar