Abu Hanifah perlu tampil beri penjelasan perbelanjaan Victor Chin

PUTRAJAYA – Keperluan untuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NexG Bhd, Datuk Abu Hanifah Noordin mengambil tanggungjawab memberikan penjelasan berhubung perbelanjaan RM303.7 juta antara November 2024 hingga September 2025, iaitu ketika Victor Chin Boon Long menjadi Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat tersebut.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berpandangan, selaku kepimpinan tertinggi syarikat itu, beliau wajib tampil memberikan penjelasan yang telus, menyeluruh dan berfakta.

Menurut beliau, ketiadaan Victor Chin tidak boleh dan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan kepada umum, khususnya kepada para pemegang saham dan pelabur.

“Prinsip akauntabiliti korporat adalah jelas, tanggungjawab tidak terhenti pada individu yang disiasat sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan struktur kepimpinan syarikat.

“Sebarang perbelanjaan berskala besar yang menimbulkan persoalan awam mesti dijelaskan secara profesional, termasuk butiran penggunaan dana, proses kelulusan, kawalan dalaman serta pihak yang terlibat dalam membuat keputusan,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu,  Jais berkata, pihaknya memandang serius perkembangan terkini itu yang menyaksikan Victor Chin dikatakan telah meninggalkan negara ketika siasatan sedang berjalan.

Sekiranya benar, menurut beliau, perkara itu menimbulkan persoalan besar terhadap tahap pematuhan undang-undang, kawalan dalaman syarikat serta keberkesanan mekanisme pemantauan pihak berkuasa.

“Isu NexG kini bukan lagi isu dalaman syarikat atau pertikaian korporat biasa. Ia telah berkembang menjadi isu nasional yang memberi kesan kepada keyakinan pelabur, reputasi pasaran modal Malaysia, serta persepsi terhadap integriti tadbir urus korporat negara.

“Ketiadaan individu tertentu tidak boleh menafikan hak pemegang saham untuk mengetahui kebenaran. Kegagalan memberi penjelasan hanya akan menambah spekulasi dan menjejaskan keyakinan pasaran,” katanya.

Pada masa sama, Jais menjelaskan, semua keputusan kewangan besar dalam syarikat tersenarai melibatkan pelbagai lapisan kelulusan, justeru, tanggungjawab tidak boleh dipusatkan kepada satu individu sahaja.

Jelasnya, keadilan kepada pelabur, termasuk pelabur runcit dan institusi, adalah asas kepada kestabilan pasaran modal dan mereka berhak mendapat penjelasan yang jelas dan telus.

“MCW menggesa agar Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkukuh kerjasama dalam menyiasat keseluruhan rantaian transaksi dan tadbir urus syarikat.

“Sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk melindungi mana-mana pihak melalui struktur korporat atau kelemahan tadbir urus, tindakan tegas mesti diambil,” katanya.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang