PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu.

Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal mengosongkan kedudukan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh.

“Setakat ini tiada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Spekulasi berhubung perkara itu timbul ketika beberapa ahli Parlimen PKR yang dilihat tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan parti menjadi perhatian susulan perkembangan politik mutakhir.

Tiga ahli Parlimen PKR sebelum ini secara terbuka mengambil pendirian berbeza daripada kepimpinan parti, termasuk mengkritik beberapa keputusan serta hala tuju kepimpinan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Malah, kumpulan ahli Parlimen terbabit mendakwa akses pejabat mereka kepada sistem MyKhas bagi mengurus permohonan Projek Mesra Rakyat (PMR) dan peruntukan khas kawasan disekat.

Kerajaan bagaimanapun menjelaskan peruntukan untuk kawasan berkenaan tidak dihentikan, sebaliknya pelaksanaannya diteruskan melalui ICU Jabatan Perdana Menteri dan agensi berkaitan tanpa disalurkan menerusi pejabat ahli Parlimen terbabit.

Dalam pada itu, sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana ahli Parlimen PKR berhubung peletakan jawatan daripada parti atau kerusi yang disandang.

Related Posts

MB Negeri Sembilan digesa nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana – Mahfuz

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik

Sabah mahu lahirkan generasi pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna 

Sabah mahu lahirkan generasi pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna 

Kurang 24 jam, polis tahan suspek curi komponen Hilux

  • By Fandi
  • September 23, 2026
Kurang 24 jam, polis tahan suspek curi komponen Hilux

MB Negeri Sembilan digesa nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana – Mahfuz

MB Negeri Sembilan digesa nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana – Mahfuz

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM