DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

KUCHING – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak secara terbuka menjangkakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menegaskan kehadiran sekurang-kurangnya 10 peratus perwakilan pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak amat penting bagi memastikan fungsi semak dan imbang dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut beliau, keseimbangan kuasa politik diperlukan untuk memastikan kelancaran dasar kerajaan negeri sentiasa disemak demi kepentingan dan penambahbaikan berterusan untuk rakyat di Bumi Kenyalang.

“Kita mengakui terdapat dasar baik yang dilaksanakan oleh GPS dan kita menyokongnya demi kestabilan negeri. Peranan kerajaan dan pembangkang saling melengkapi antara satu sama lain untuk melihat negeri ini terus membangun mengikut potensi sebenar.

“Oleh itu, kehadiran pembangkang yang kredibel di dalam DUN Sarawak adalah demi kepentingan terbaik semua rakyat bagi memastikan kepelbagaian suara sentiasa diraikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hala tuju DAP serta dinamika landskap politik Sarawak menjelang PRN akan datang.

Meskipun belum memuktamadkan jumlah serta pembahagian kerusi yang bakal ditandingi, DAP Sarawak mengesahkan akan meletakkan calon bagi memberi pilihan alternatif yang kukuh kepada pengundi.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Kelvin turut membayangkan akan mendedahkan satu isu berkaitan pembelian pesawat persendirian yang didakwa membabitkan kerajaan negeri.

Pendedahan tersebut difahamkan bersandarkan sebuah laporan rasmi daripada satu daripada empat firma audit antarabangsa terkemuka yang kini dokumennya berada dalam simpanan kerajaan negeri.

“Kita akan perincikan dan ulas dengan lebih lanjut mengenai perkara (laporan firma audit) tersebut apabila tiba masanya nanti,” tegasnya.

Menyentuh mengenai kematangan politik di Sarawak, beliau memuji inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE) dan organisasi masyarakat sivil (CSO) lain yang giat menganjurkan ruang perdebatan sihat merentasi parti.

Tambahnya, budaya perdebatan matang dan intelektual tanpa melibatkan sengketa peribadi seperti itu perlu terus dipupuk bagi menyuburkan lagi amalan ruang demokrasi di negeri ini.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap