Mulu Eco Challenge 2026 dorong ekopelancongan pedalaman Sarawak

MULU – Taman Negara Gunung Mulu yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO terus menjadi tumpuan apabila penganjuran Mulu Eco Challenge 2026 berjaya menarik penyertaan dari pelbagai latar belakang pada Ahad.

Acara tahunan tersebut bukan sahaja mempamerkan keindahan gua batu kapur, hutan hujan tropika dan biodiversiti luar biasa, malah bertindak sebagai platform strategik mempromosikan ekopelancongan di pedalaman Sarawak.

Ketua Pandu Taman yang juga Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (MOCSAR), Kenneth Nilong, 43, berkata, penyertaan dalam cabaran itu menuntut persediaan rapi menerusi latihan yang sistematik.

Menurutnya, sebelum bertanding, peserta perlu menjalani latihan intensif memfokuskan kepada laluan sejauh lapan hingga 30 kilometer (km) bagi menguji ketahanan fizikal.

“Cabaran paling sukar adalah ketika aktiviti berakit kerana ia sangat bergantung kepada paras air semasa. Apabila paras air rendah, arus perlahan dan peserta perlu mengayuh dengan lebih kuat.

“Oleh kerana laluannya cukup mencabar, peserta disarankan menjalani latihan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal,” katanya.

Kenneth yang sebelum ini hanya bertugas menjaga keselamatan peserta pada edisi lepas, kali ini mencabar diri menyertai pertandingan tersebut dan cemerlang meraih tempat ketiga bagi kategori campuran.

Sementara itu, peserta dari Sabah, Aeddy Peturus, 28, mengakui ketiadaan pendedahan khusus untuk cabaran rakit buluh sejauh lima kilometer memberi ujian tersendiri buatnya.

Aeddy Peturus daripada pasukan Mulijo Outdoor

“Di kawasan saya tiada sungai yang sesuai untuk latihan berakit, jadi agak sukar untuk kami membuat persediaan khusus.

“Malah, cabaran dirasakan lebih sukar apabila peralatan rakit yang digunakan tidak setara dengan pasukan lain. Jika ia diseragamkan, pertandingan ini pasti akan menjadi lebih adil dan kompetitif,” jelasnya yang mewakili pasukan Mulijo Outdoor.

Biarpun pertama kali menyertai acara seumpama itu, Aeddy berpuas hati kerana dapat meneroka Mulu menerusi pengalaman yang berbeza.

“Harapan saya agar acara unik ini diteruskan. Namun, beberapa penambahbaikan seperti penyeragaman peralatan dan penetapan garisan penamat yang lebih jelas perlu dielakkan bagi mengelak kekeliruan,” ujarnya.

Penganjuran Mulu Eco Challenge 2026 secara tidak langsung membuktikan keupayaan kawasan pedalaman Sarawak dalam memacu pembangunan ekopelancongan selaras dengan usaha memperkenalkan warisan alam ke persada dunia.

Related Posts

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta