Anjing pengesan bongkar cubaan seludup kanabis di sempadan

KANGAR – Tindakan sindiket dadah menyembunyikan dadah jenis ganja dalam timbunan sampah gagal apabila dikesan anjing pengesan dalam satu operasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis baru-baru ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kejayaan itu melibatkan tiga kes berasingan dengan jumlah rampasan 61.842 kilogram (kg) kanabis bernilai RM188,007.20 di kawasan sempadan darat dan perairan negeri ini.

Beliau berkata, dalam kes pertama, serbuan dilakukan di kawasan pintu sempadan Malaysia–Thailand di Padang Besar kira-kira pukul 10 malam pada 3 Mac lalu.

“Pemeriksaan menemukan satu bungkusan yang diletakkan bersama timbunan sampah bagi mengelirukan pihak berkuasa sebelum berjaya dikesan oleh anjing pengesan dadah,” katanya.

Menurut beliau, bungkusan tersebut mengandungi sembilan ketulan mampat kanabis seberat 10.812kg dengan nilai RM33,517.20 dan dianggarkan untuk kira-kira 20,000 pengguna.

Dalam kes kedua, pada 5 Mac pasukan operasi mengesan kelibat dua lelaki menaiki bot fiber kira-kira pukul 1.30 pagi di kawasan perairan berhampiran sempadan antarabangsa pada jarak 600 meter dari garis sempadan antarabangsa.

Katanya, suspek bertindak melarikan diri ke arah Thailand sebelum mencampakkan bungkusan ke dalam laut melibatkan satu guni dan satu kotak, namun sebahagiannya rosak akibat terendam dalam air laut.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 20.20kg kanabis dirampas dengan nilai RM62,000 dan dianggarkan melibatkan kira-kira 40,000 pengguna,” katanya.

Kes ketiga pada hari sama pula melibatkan rampasan 30.83kg kanabis bernilai RM92,490 yang ditemukan di kawasan ponton rosak di Pulau Batu Layang kira-kira pukul 10.30 malam.

Jelasnya, modus operandi yang digunakan adalah dengan meninggalkan kotak berisi dadah di lokasi tersebut bagi mengelak dikesan, dengan anggaran bekalan untuk kira-kira 60,000 pengguna.

Kesemua kes disiasat di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan masih dalam siasatan lanjut.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu