Raikan Aidilfitri penuh kesederhanaan, elak pembaziran ketika ketidaktentuan ekonomi akibat Asia Barat

PUTRAJAYA – Sambutan Aidilfitri tahun ini perlu dijadikan medan memperkukuh perpaduan dan semangat saling membantu, khususnya ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan, umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk sentiasa menghayati nilai murni Aidilfitri dengan mengutamakan kesederhanaan, kesyukuran dan keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Menurut beliau, raikanlah Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran, selaras dengan semangat Ramadan yang mendidik kita tentang pengorbanan serta disiplin diri.

“Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana penuh keinsafan ketika dunia masih bergelut dengan konflik berterusan di Asia Barat dan pelbagai cabaran global yang memberi kesan langsung kepada kehidupan kita semua.

“Di dalam negara, rakyat turut berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat dan ketidaktentuan ekonomi yang menuntut kita untuk lebih tabah dan bijaksana dalam mengharungi kehidupan seharian,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Pada masa sama, Lam Thye menggesa masyarakat memperkukuh hubungan sesama insan tanpa mengira latar belakang dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Beliau yang juga Pengerusi Alliance for a Safe Community, memaklumkan amalan berjimat cermat dan pengurusan kewangan berhemah amat penting.

Aktivis perlindungan sosial dan perpaduan itu memaklumkan, perkara itu perlu dalam memastikan kesejahteraan keluarga serta masyarakat, terutama dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini.

“Semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh nilai kemanusiaan dan bersama-sama membina masyarakat yang lebih penyayang, bersatu serta berdaya tahan.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu