‎Rundingan tuntutan 40 peratus perlu berlandas fakta dan saluran rasmi – Jerry Ambuting ‎

KOTA KINABALU – Mantan Presiden Kehormat Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia Negeri Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said, membidas kenyataan Datuk Wilfred Madius Tangau berhubung isu ‘countdown’ tuntutan 40 peratus hasil Sabah, sambil menegaskan perkara itu tidak wajar dipolitikkan sehingga boleh mengelirukan rakyat.

‎Jerry berkata, kenyataan Ahli Parlimen Tuaran itu yang mendakwa tiada perkembangan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sepanjang tempoh ditetapkan adalah tidak mencerminkan keseluruhan proses sebenar yang sedang berjalan.

‎‎“Isu tuntutan 40 peratus ini adalah perkara serius melibatkan kepentingan negeri dan rakyat Sabah. Ia tidak boleh dilihat secara sempit atau dijadikan bahan tekanan politik melalui naratif ‘countdown’ yang boleh menimbulkan salah faham.

‎”Rundingan berkaitan tuntutan berkenaan yang berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sememangnya dilaksanakan melalui saluran rasmi termasuk platform Jawatankuasa Teknikal Majlis Perunding MA63, yang memerlukan penelitian mendalam serta pertimbangan undang-undang dan fiskal,” kongsinya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

‎Menurut Jerry, proses rundingan itu juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan negara serta kepentingan bersama antara Persekutuan dan Sabah, justeru ia tidak boleh diselesaikan secara tergesa-gesa semata-mata untuk memenuhi tekanan tempoh masa.

‎“Menghormati keputusan mahkamah adalah penting, namun dalam masa sama, semua pihak perlu memberi ruang kepada proses rundingan yang matang, teliti dan berasaskan fakta, bukannya persepsi.

‎”Saya ingin mengingatkan kenyataan terbuka seperti yang dibuat Madius berpotensi mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat, sedangkan perundingan sebenar lazimnya melibatkan perbincangan tertutup di peringkat teknikal dan dasar,” tegasnya.

‎Terdahulu, Madius menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan ketiadaan perkembangan rundingan susulan keputusan mahkamah yang menetapkan tempoh 180 hari untuk memuktamadkan perkara itu, dengan tempoh berkenaan dijangka berakhir pada 15 April 2026.

‎Tambahnya, sebagai menteri yang pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan serta memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam pentadbiran negeri terdahulu, Madius sepatutnya lebih memahami selok-belok serta kerumitan proses rundingan antara kedua-dua pihak.

‎‎“Dengan pengalaman luas dalam kerajaan, beliau seharusnya arif bahawa rundingan melibatkan kepentingan fiskal, perundangan dan dasar memerlukan masa, ketelitian serta perbincangan di pelbagai peringkat, bukan sesuatu yang boleh dinilai hanya berdasarkan kenyataan terbuka,” ujarnya.

‎Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan jaminan jelas mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu berkaitan hak Sabah termasuk tuntutan 40 peratus hasil negeri, selaras dengan semangat Perlembagaan dan MA63.

‎Sehubungan itu, Jerry menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam mengulas isu berkepentingan negeri, serta mengutamakan pendekatan konstruktif demi memastikan tuntutan hak Sabah dapat direalisasikan secara berkesan dan berlandaskan lunas undang-undang.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi