Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran – PM

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya menyambut Aidilfitri secara sederhana dan tidak berbelanja secara berlebihan dalam membuat persiapan perayaan.

Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu, selain kesan konflik antarabangsa yang boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi dunia.

“Memang kita mahu menyambut Aidilfitri, tetapi saya ingin menasihatkan supaya bersederhana. Jika kebiasaannya menyediakan tujuh jenis kuih, mungkin boleh dikurangkan kepada empat. Begitu juga dengan penyediaan ketupat, tidak perlu berlebihan.

“Kita perlu sentiasa beringat dan menyimpan sedikit sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini, hari ini.

Anwar berkata, perkembangan geopolitik dunia, termasuk peperangan yang sedang berlaku, memberi kesan kepada pasaran tenaga global, khususnya harga minyak dan gas.

“Tengok sahaja peperangan yang berlaku, ia memberi kesan kepada harga minyak dan gas. Kita masih mampu bertahan kerana pengurusan yang baik, namun rakyat perlu terus berwaspada dan berbelanja secara berhemah,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, amalan berjimat cermat perlu menjadi budaya dalam kalangan rakyat bagi memastikan kewangan isi rumah kekal stabil, terutama ketika berdepan peningkatan kos sara hidup.

Beliau yang melakukan lawatan kerja singkat ke Pulau Pinang hari ini turut mengingatkan bahawa Ramadan sepatutnya menjadi medan membentuk disiplin diri, termasuk dalam mengawal nafsu berbelanja.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi