Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

PUTRAJAYA – Pengumuman meletakkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika konvensyen Reset bukan sekadar pengumuman biasa, tetapi satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, kritikan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berhubung pelantikan itu membuktikan individu terbabit gagal memahami isyarat politik besar yang sedang berlaku dalam blok pembangkang ketika ini.

Menurut beliau, pengumuman Abdul Hadi itu bukan sekadar pengumuman biasa, sebaliknya membawa mesej politik yang lebih besar terhadap kedudukan parti di dalam blok pembangkang.

“Pengumuman presiden Pas meletakkan Hamzah sebagai ketua pembangkang ketika konvensyen Reset bukan sekadar pengumuman biasa, tetapi satu pukulan ‘KO’ kepada Bersatu sendiri.

“Ia memberi mesej jelas bahawa Pas masih menjadi kuasa utama yang menentukan arah politik pembangkang manakala Bersatu pula semakin hilang nilai dan pengaruh,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Mohd Firdaus berkata, sebahagian pimpinan Bersatu kini juga lebih cenderung menyerang Pas dan presidennya berbanding memperkukuh hubungan dalam blok pembangkang.

Beliau menegaskan, kehadiran pemimpin tertinggi parti komponen PN itu juga menunjukkan Bersatu semakin terpinggir selain wujudnya tarikan terhadap Pas dalam kalangan parti-parti gabungan terbabit.

“Mereka menjangka apabila hubungan Pas dan Bersatu mula retak, Pas akan lemah. Namun hakikatnya Pas terus bergerak dengan kekuatan sendiri. Mereka gagal memahami makna kehadiran tiga daripada empat parti komponen PN di pentas Reset.

“Presiden Gerakan sudah ada, Presiden MIPP juga sudah bersama. Ini menunjukkan siapa sebenarnya yang masih mempunyai tarikan dan siapa yang semakin terpinggir. Saya tidak pasti sama ada orang kanan Muhyiddin ini gagal membaca angin perubahan politik.

“Ataupun masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa partinya semakin tenggelam akibat sikap sebahagian besar pimpinan mereka yang terlalu ‘berkhayal’ dengan permainan politik sendiri tanpa melihat realiti akar umbi,” katanya.

Sebelum ini, Marzuki dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendakwa Abdul Hadi bertindak seperti ‘Supreme Leader ‘dalam PN susulan dua keputusan penting diumumkan pada Sabtu.

Pengumuman melibatkan keputusan melantik semula Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan penggunaan logo PN oleh parti Hamzah, Parti Wawasan Negara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan.

Marzuki mendakwa keputusan itu tidak dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN.

Related Posts

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan melayan sebarang tekanan atau cubaan memaksa parti bertindak mengikut rentak ditentukan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, sebaliknya bersikap melaksana keputusan berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar indikator pertembungan politik, namun menjadi medan bagi menguji model politik baharu yang mungkin menentukan hala tuju politik Malaysia menjelang Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa