10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

TAWAU – Pasukan Kelana C Tawau terus membuktikan peranannya sebagai antara pasukan pengakap yang aktif dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan dan kesukarelawanan sepanjang sedekad penubuhannya.

Pesuruhjaya Pengakap Zon 1 Tawau, Mohd Dawud Abd Rashid berkata, perjalanan 10 tahun pasukan itu sebagai bukti komitmen ahli dan pemimpinnya dalam memperkukuh gerakan kepengakapan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

“Setiap ahli Pengakap Kelana perlu menerapkan nilai kesukarelawanan, kepimpinan dan keprihatinan terhadap masyarakat sebagai asas utama dalam membentuk generasi belia yang berwibawa serta mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti.

“Semangat sukarelawan yang tinggi serta komitmen dalam perkhidmatan masyarakat merupakan elemen penting yang perlu terus diperkasakan dalam kalangan ahli Pengakap Kelana agar gerakan kepengakapan terus relevan dan memberi impak positif kepada masyarakat,” ujarnya pada Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pasukan Kelana C Tawau di Dewan Aqidah Tawau, pada Ahad.

Menurut Mohd Dawud sepanjang 10 tahun penubuhannya, Pasukan Kelana C Tawau telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran.

“Berkat kesefahaman, perpaduan serta kerjasama yang erat dalam kalangan ahli dan pemimpin, pasukan ini berjaya mengharungi setiap cabaran yang mendatang.

“Malah, pasukan ini turut memainkan peranan penting dalam membimbing dan melahirkan ramai ahli pengakap yang berwawasan, berdisiplin dan berjiwa sukarelawan.

“Sambutan ulang tahun ini juga menjadi platform untuk menghargai jasa serta pengorbanan semua pemimpin dan ahli yang telah menyumbang kepada perkembangan Pasukan Kelana C Tawau sejak penubuhannya sehingga kini,” kongsinya.

Pada majlis, disampaikan sijil penghargaan kepada individu yang banyak berjasa kepada pasukan serta acara pemotongan kek ulang tahun sebagai simbolik meraikan 10 tahun penglibatan aktif Pasukan Kelana C Tawau dalam memperkasa budaya kesukarelawanan dan khidmat masyarakat di Tawau.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Tawau, Chung Kon Pin; Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau, Lee Chee Kiong serta Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau, Mohd Faiz Ridwan Mohd Noor.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM