Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan.

Jelasnya, inisiatif berkenaan juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar.

“Pendidikan sentiasa menjadi keutamaan dan kemudahan yang baik akan membantu melahirkan generasi pelajar yang lebih cemerlang serta berdaya saing.

“Kita mahu memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh warga sekolah dalam tempoh ditetapkan,” katanya selepas mengadakan lawatan tapak projek pembinaan dewan berkenaan pada Ahad.

Menurut beliau, kemudahan baharu itu dijangka memberi manfaat besar kepada warga sekolah khususnya dalam penganjuran aktiviti akademik, kokurikulum dan program kemasyarakatan.

Dalam lawatan tersebut, Hanifah turut menerima taklimat mengenai kemajuan projek daripada pihak sekolah, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara pihak sekolah, agensi pelaksana dan kerajaan amat penting bagi memastikan projek pembangunan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar demi manfaat generasi masa depan.

Untuk rekod, SMK St Patrick yang berusia 121 tahun merupakan antara institusi pendidikan tertua di Mukah dan melahirkan ramai tokoh serta tenaga profesional yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes displin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes displin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan