PKR cadang tekanan antarabangsa dipertingkat terhadap Israel

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan Malaysia terus memainkan peranan aktif di pentas antarabangsa, termasuk melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi meningkatkan tekanan terhadap Israel berhubung isu sekatan di Masjid Al-Aqsa.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik berkata, tindakan rejim Zionis Israel menutup pintu kompleks Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Muslim, khususnya pada bulan Ramadan, merupakan satu provokasi serius serta pelanggaran hak asasi manusia.

Beliau berkata, sekatan berkenaan bukan sahaja menghalang umat Islam menunaikan ibadah di masjid suci ketiga umat Islam itu, malah menafikan hak kebebasan beragama.

“Sekatan dikenakan bukan sahaja menyekat kemasukan ke Kota Lama Baitulmuqaddis, malah secara diskriminasi menutup tempat ibadat kepada umat Islam.

“Tindakan itu adalah pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan serta prinsip akses tanpa sekatan ke tempat ibadat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maszlee berkata, negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mengambil langkah lebih tegas termasuk mengadakan sidang tergempar serta memanfaatkan semua saluran diplomasi bagi memberi tekanan kepada Israel.

Katanya, pendekatan itu boleh merangkumi tekanan politik dan ekonomi bagi memastikan pintu Masjid Al-Aqsa dibuka semula kepada jemaah Muslim.

Pada masa sama, beliau menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia supaya terus berdoa serta memperkukuh solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.

“Dunia tidak boleh terus berdiam diri melihat kesucian tempat ibadat dicabuli,” katanya.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, PKR menyambut baik pendirian tegas lapan negara majoriti Islam iaitu Indonesia, Mesir, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengecam tindakan Israel.

Menurutnya, kenyataan bersama negara berkenaan menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan terhadap Baitulmuqaddis yang diduduki atau ke atas tapak suci Islam dan Kristian di kawasan berkenaan.

“Sokongan negara berkenaan membuktikan isu Al-Aqsa adalah isu umat Islam sejagat dan bukan sekadar isu politik.

“Kami juga mengambil maklum kenyataan Kementerian Luar Palestin yang menyifatkan tindakan Israel sebagai pelanggaran serius terhadap hak sejarah dan perundangan sedia ada.

“Laporan OIC turut mendokumentasikan peningkatan pelanggaran di Masjid Al-Aqsa, termasuk menghalang jemaah menunaikan solat Isyak, Tarawih dan Jumaat, sekali gus menunjukkan tindakan itu adalah dasar yang dirancang dan bukan bersifat sementara,” katanya.

Maszlee berkata, keseluruhan kawasan Masjid Al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi adalah kawasan ibadat yang dikhususkan kepada umat Islam.

“Kami menegaskan Jabatan Wakaf Baitulmuqaddis dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa di bawah Kementerian Wakaf Jordan adalah satu-satunya entiti sah mentadbir masjid ini dan sebarang gangguan terhadap autoritinya adalah tindakan haram,” katanya.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM