Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang menyemak semula cadangan projek dan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan pelaksanaannya lebih praktikal serta sejajar dengan cabaran ekonomi semasa.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, proses saringan bajet yang sedang dilaksanakan di peringkat kementerian bertujuan menilai keutamaan serta kebolehlaksanaan setiap permohonan yang dikemukakan.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan projek yang dirancang bukan sahaja memenuhi keperluan pembangunan negara, malah mampu dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan meskipun berdepan kekangan fiskal.

“Penilaian itu juga mengambil beberapa pertimbangan yang lebih tuntas, yang lebih realistik, bukan semata-mata baik di atas kertas.

“Kita kena pastikan kelangsungan program atau projek yang kita susun mampu dilaksanakan ikut tempoh dalam mengambil pertimbangan beban kekangan yang ada ketika ini,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun RMK13 dirangka dengan fokus pembangunan jangka panjang sehingga 2030, kerajaan perlu membuat penyesuaian tertentu bagi memastikan sasaran pertumbuhan ekonomi pada 2027 dapat dicapai.

Katanya, kementerian kini perlu mengimbangi antara keperluan melaksanakan intervensi segera bagi menangani isu tenaga dan gangguan bekalan global dengan usaha meneruskan perancangan pembangunan jangka sederhana serta panjang.

“Di satu pihak kita kena semak intervensi yang perlu dibuat sekarang, tetapi pada masa yang sama kita juga menyemak keperluan untuk 2027 dan perlu mengekalkan semangat perancangan lima tahun,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata, tahun 2026 menjadi tempoh penting bagi pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan, yang memerlukan penyesuaian terhadap pelbagai kekangan semasa tanpa menjejaskan hala tuju pembangunan negara.

Beliau berkata, ketidaktentuan ekonomi global yang sedang berlaku perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara dan mempercepat usaha penstrukturan semula ekonomi Malaysia.

Related Posts

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

KUALA LUMPUR — Sebut Prada, Gucci, Versace atau Armani, satu perkara akan terlintas di fikiran kita: Itali. Nama-nama itu bukan lagi sekadar jenama pakaian. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis