14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

PADAWAN – Sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 14 kontinjen dalam perarakan budaya yang menjadi acara kemuncak program tersebut pada Ahad.

Perarakan yang bermula dari Dewan Kampung Serumah menuju ke Dewan Kampung Gayu itu menampilkan pelbagai elemen kebudayaan sekali gus mencerminkan keunikan warisan masyarakat setempat.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak , Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, program berkenaan merupakan platform penting dalam usaha memelihara dan memperkasakan warisan budaya.

Menurutnya, sambutan itu bukan sahaja menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, malah berperanan memastikan warisan terbabit terus dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.

“Program seumpama ini selari dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh identiti budaya serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan perarakan budaya dan merasmikan sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026.

Mengulas lanjut, program anjuran Persatuan Kemajuan dan Kebudayaan Asar Pinyawa (PKKAP) itu turut menjadi medan mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai latar belakang.

Suasana sambutan yang penuh warna-warni itu diserikan lagi dengan pelbagai persembahan yang menyerlahkan kekayaan adat resam masyarakat diwarisi turun-temurun.

Turut hadir, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Pengerusi PKKAP, Damen Rejek; Pegawai Daerah Siburan, Ranum Bari dan Pegawai Daerah Bau yang juga Setiausaha PKKAP, Eddy Nayoi.

Related Posts

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

TAWAU – Pasukan Kelana C Tawau terus membuktikan peranannya sebagai antara pasukan pengakap yang aktif dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan dan kesukarelawanan sepanjang sedekad penubuhannya. Pesuruhjaya Pengakap Zon 1 Tawau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa