Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

KOTA KINABALU – Semua syarikat pengangkutan darat barangan dan pengangkutan awam di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan digesa segera mendaftarkan kenderaan masing-masing di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memastikan terus menikmati manfaat subsidi diesel bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendaftaran SKDS bagi sektor pengangkutan darat barangan telah diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula 4 Mei 2026, manakala sektor pengangkutan awam telah dibuka sejak Jun 2024.

“Saya menggesakan agar semua syarikat terbabit membuat pendaftaran SKDS dengan segera sebelum penggunaan wajib fleet card SKDS dikuatkuasakan pada tarikh yang akan diumumkan kerajaan.


“Langkah itu penting bagi memastikan kenderaan yang layak, termasuk 33 jenis kenderaan berdaftar, terus menerima subsidi diesel melalui mekanisme fleet card,”katanya pada Majlis Penyerahan Fleet Card SmartPay Petronas, di sini pada Isnin.

Menurutnya, syarikat yang layak akan menerima subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat barangan, manakala sektor pengangkutan awam menikmati kadar RM1.88 seliter.

“Pelaksanaan SKDS adalah langkah kerajaan memperkukuh mekanisme subsidi bersasar selain memastikan manfaat diesel bersubsidi hanya dinikmati kumpulan sasaran.

“Penggunaan fleet card dalam SKDS membolehkan kerajaan melakukan pemantauan secara digital bagi mengurangkan risiko ketirisan subsidi bahan api.

“Pendekatan ini penting bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan penyalahgunaan subsidi diesel oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk subsidi diesel di Sabah dan Sarawak pada 2025.

“Bagaimanapun, jumlah perbelanjaan subsidi terus meningkat pada 2026 susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat yang menyebabkan kenaikan harga minyak dunia.

“Subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak meningkat daripada RM103 juta pada Januari kepada RM106 juta pada Februari sebelum melonjak kepada RM563 juta pada Mac dan RM647 juta pada April.

“Secara keseluruhan, jumlah subsidi diesel yang ditanggung kerajaan bagi Sabah dan Sarawak dalam tempoh empat bulan pertama 2026 telah mencecah RM1.4 bilion,” jelasnya

Dalam pada itu, kerajaan akan terus menanggung peningkatan kos subsidi selagi harga minyak dunia kekal tinggi dan krisis tenaga global berlarutan.

“Kerajaan kekal komited menyalurkan subsidi diesel kepada rakyat dan industri sebagai langkah membantu menangani tekanan kos sara hidup serta memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan.

“Pelaksanaan subsidi bersasar perlu diteruskan bagi memastikan peruntukan kerajaan disalurkan secara lebih cekap, telus dan sampai kepada golongan yang benar-benar layak,” tegasnya.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta