Ahmad Shahir mohon maaf isu gelaran ‘Tok Undang’, tegas hormati Institusi Undang

SEREMBAN – Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah memohon maaf kepada Undang Yang Empat susulan kontroversi penggunaan gelaran ‘Tok Undang’ yang dikaitkan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau yang mengakui kekhilafan ketika berseloroh pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PH Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ahmad Shahir berkata, beliau memandang serius penggunaan gelaran berkenaan kerana ia melibatkan sensitiviti Institusi Adat Perpatih yang menjadi teras identiti Negeri Sembilan.

“Saya memandang serius penggunaan gelaran ‘Datuk Undang’ kerana ia melibatkan sensitiviti Institusi Adat Perpatih yang sewajarnya dihormati oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

“Bagi memahamkan semua pihak berkenaan situasi semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PH Negeri Sembilan, saya mulakan dengan permohonan maaf kepada Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia/Yang Amat Mulia Datuk-Datuk Undang Yang Empat atas tindakan saya yang berseloroh dengan Yang Berhormat Anthony Loke dengan memetik gelaran yang diberikan dalam media sosial kepada beliau, ‘Tok Undang’.

“Atas kekhilafan tersebut, saya menginsafi dan berharap agar isu ini dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa PH sentiasa menghormati dan mempertahankan kemuliaan Institusi Undang sebagai warisan berharga yang menjadi identiti serta kebanggaan Negeri Sembilan.

“Kepada Yang Amat Mulia Datuk-Datuk Undang Yang Empat, para Telaga Undang serta seluruh rakyat Negeri Sembilan yang menjunjung tinggi adat dan tradisi negeri ini, saya ingin menegaskan bahawa PH sentiasa menghormati dan mempertahankan kemuliaan Institusi Undang sebagai warisan berharga yang menjadi identiti serta kebanggaan Negeri Sembilan,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Shahir mendakwa naratif penggunaan gelaran ‘Tok Undang’ terhadap Anthony Loke telah dimainkan di media sosial sejak 27 April lalu.

Beliau berkata, hasil penelitian dan rekod yang dibuat mendapati beberapa platform media sosial serta individu tertentu didakwa menggunakan atau membiarkan penggunaan gelaran berkenaan.

“Semua hantaran, komen dan bahan berkaitan telah direkodkan serta disimpan sebagai rujukan. Fakta dan bukti yang ada membolehkan rakyat menilai sendiri bagaimana naratif ini bermula, siapa yang memainkannya dan siapa yang kemudiannya cuba meletakkan kesalahan kepada pihak lain,” katanya.

Jelasnya, pendedahan itu bukan bertujuan memanjangkan polemik politik, sebaliknya untuk menjelaskan fakta dan kronologi sebenar kepada rakyat.

Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun yang terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Adat dikandung zaman, pusaka dijunjung sepanjang hayat,” katanya.

  • Related Posts

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

    Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

    Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

    Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

    Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

    Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

    DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

    • By Aden
    • August 4, 2026
    DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa