Dua maut kemalangan dua kenderaan

KOTA BHARU – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah Merah, Jalan Machang-Tanah Merah awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah berkata, mangsa yang maut adalah seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 pagi mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu sebuah kereta Perodua Myvi yang melibatkan enam mangsa dan sebuah kereta BMW 5 Siri yang melibatkan seorang mangsa.

“Dua mangsa, iaitu penumpang kereta Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang lain selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, dua penumpang Perodua Myvi yang maut dikenali sebagai Wan Rokiah Wan Ahmad, 64, dan Nur Zara Zakirah Abdul Aliyy, 14.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Perodua Myvi, yang dalam perjalanan dari arah Machang ke Tanah Merah, dipercayai membelok ke kanan lebih awal untuk memasuki simpang ke Bandar Tanah Merah.

“Pada masa sama, sebuah BMW dari arah Jeli ke Machang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri Perodua Myvi sebelum terbabas dan terbalik di atas jalan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses