PMO salur bantuan RM80,000 bina semula rumah mangsa kebakaran Pulau Ketam

KANGAR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyalurkan bantuan bagi membina semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis yang musnah dalam kejadian semalam.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Perlis, Noor Amin Ahmad berkata, bantuan itu disalurkan melalui Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) negeri.

Menurutnya, setiap rumah yang musnah sepenuhnya akan dibina semula dengan peruntukan sebanyak RM80,000 sebuah melibatkan lima buah rumah.

“Melalui perbincangan bersama pihak ICU, telah dipersetujui bahawa Pejabat Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan bagi menggantikan lima rumah yang terlibat dengan nilai RM80,000 setiap satu.

“Kita juga telah bertemu mangsa untuk memaklumkan perkembangan ini dan mereka meluahkan rasa gembira serta syukur atas bantuan yang diberikan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, mangsa terlibat turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000, selain tambahan RM3,000 kepada penduduk yang terkena tempias kebakaran tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, lima buah rumah musnah sepenuhnya menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

Noor Amin berkata, pihaknya juga akan mendapatkan persetujuan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membolehkan kerja pembinaan dapat disegerakan.

“Berdasarkan situasi semasa, saya percaya langkah pemulihan dan pembinaan semula akan dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah turut menyatakan kesediaan kerajaan negeri bagi membantu mangsa mendapatkan kediaman baharu mereka dengan segera.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA