Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri MAIPk RM12.6 juta kepada lebih 42,000 asnaf

PARIT – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tahun 2026 berjumlah RM12.6 juta dalam satu majlis yang berlangsung di pekarangan Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas pada Jumaat.

Bantuan dana zakat itu diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah di Perak bagi mewakili 42,006 penerima terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf di seluruh negeri.

Penyampaian tersebut diadakan bersempena Majlis Sambutan Nuzul al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Negeri Perak, yang turut menghimpunkan kepimpinan negeri serta masyarakat setempat dalam suasana penuh keberkatan Ramadan.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.

Hadir sama, Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh dalam kenyataannya berkata, penerima bantuan Aidilfitri berkenaan dipilih daripada senarai asnaf fakir dan miskin yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid dan Surau Diri Jumaat di seluruh negeri.

Menurutnya, selain golongan tersebut, penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk serta pesakit hemodialisis yang tergolong dalam kategori asnaf fakir dan miskin turut menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri melalui dana zakat yang disediakan oleh MAIPk.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong