Fahmi arah MCMC hubungi PDRM dapatkan maklumat penahanan enam remaja suspek keganasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penahanan enam remaja yang disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat isu membabitkan aplikasi tertentu, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk mendapatkan kerjasama penyedia perkhidmatan platform berkenaan.

“Bagi saya, perkara ini agak merisaukan… antara hasil siasatan setakat ini menunjukkan ada dalam kalangan mereka menjadi berminat kepada gerakan ekstremis melalui permainan dan juga kandungan yang mungkin ditonton sama ada di media sosial atau platform penstriman.

“Dalam masa terdekat, saya akan meminta MCMC berhubung dengan Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai langkah yang mungkin perlu kami bantu untuk memastikan sekiranya ada isu membabitkan aplikasi tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Iftar dan Sumbangan Aidilfitri Bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata maklumat berkenaan akan membolehkan kementerian memanggil pengusaha atau penyedia perkhidmatan aplikasi terbabit untuk memberi kerjasama kepada pihak polis bagi membantu siasatan atau tindakan lanjut.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026