Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis di ladang sawit SALCRA Pagan

SARATOK– Dua lelaki tempatan ditahan oleh pasukan Task Force Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok selepas didapati positif dadah dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan Ladang Sawit SALCRA Pagan, Saratok, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 2.30 petang selepas pihak polis menerima maklumat awam mengenai kehadiran dua individu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan Task Force Op Tapis yang diketuai oleh Sub Inspektor Engelbert telah bergegas ke lokasi di tepi jalan Ladang Sawit SALCRA Pagan bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang berada di lokasi tersebut sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Saratok untuk menjalani ujian saringan air kencing serta semakan rekod jenayah,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 23 dan 22 tahun positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek berusia 23 tahun mempunyai dua rekod kes lampau berkaitan narkotik, manakala seorang lagi suspek berusia 22 tahun mempunyai satu rekod kes narkotik.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Pihak polis turut menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah serta menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa memerangi gejala tersebut di daerah ini.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula