Kanak-kanak rentung, lima ahli keluarga melecur

SRI AMAN – Seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala lima lagi ahli keluarganya mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Sentosa Indah RPR Fasa 1, Lorong 1 pada awal pagi Sabtu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmed Arfan Shah, 9 tahun, yang ditemukan dalam keadaan rentung di tingkat atas rumah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkenaan dilaporkan musnah terbakar hampir 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Andrew Vengitasamy berkata, pasukannya yang tiba dilokasi mendapati kebakaran sedang marak dan melibatkan keseluruhan struktur rumah berkenaan.

“Dua penghuni rumah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat”.

“Seorang lelaki warga emas, Abang Mohd Sanwani, 65, dilaporkan mengalami kecederaan melecur hampir 80 peratus di seluruh badan, manakala seorang wanita dewasa, Dayang Khairulnisa, 41, mengalami kecederaan melecur pada keseluruhan badan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Selain itu, tiga lagi mangsa iaitu Dayang Siti Mahfuzah, 40; Anis Natrah, 13; dan Ahmed Alif Firdaus, 15, turut mengalami kecederaan melecur pada bahagian kaki dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” tambah Andrew.

Mayat kanak-kanak itu  kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian sama, empat buah kenderaan turut terbakar termasuk  sebuah motosikal.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Energy serta Pasukan Bomba Sukarela Kampung Hilir.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia