800 warga TLDM raikan Majlis Berbuka Puasa Bersama TYT Sabah

SEPANGGAR – Kira-kira 800 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pengkalan Kota Kinabalu diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Masjid Ibnu Battuta, di sini pada Khamis.

Keberangkatan tiba Tun Musa Aman yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin disambut dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran, sekali gus menyerikan lagi sambutan Ramadan di pangkalan strategik negara itu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag bagi menyatakan sokongan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap pengorbanan perwira negara.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris.

Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negeri dan Persekutuan ini merupakan satu manifestasi keprihatinan pemimpin terhadap kebajikan pegawai serta anggota TLDM yang terus kental menggalas amanah menjaga kedaulatan perairan negara meskipun dalam kesibukan menjalani ibadah puasa.

Acara dimulakan dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Agama Markas Pengkalan Kota Kinabalu, Mejar Muhammad Fathi Waez Rostam yang menyentuh mengenai keberkatan bulan Ramadan dalam memperkasa disiplin dan integriti anggota tentera.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa yang diikuti dengan solat fardu Maghrib, Isyak, serta solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Program sedemikian bukan sahaja menjadi medium untuk memperkukuh silaturahim antara pemimpin dan rakyat, malah menyuntik semangat buat seluruh warga TLDM Pengkalan Kota Kinabalu dalam meneruskan perjuangan demi kedaulatan nusa dan bangsa.

Related Posts

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

BATU PAHAT – Seramai 14 penumpang berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di Kilometer 137 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 1.37…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

SANDAKAN – Golongan muda perlu bersikap rasional dan berhati-hati dalam menilai lambakan maklumat di media sosial bagi mengelak terjebak menyebarkan berita palsu. Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM