Tiada kompromi, judi dan penyeludupan dibanteras secara holistik

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan terus mempertingkat usaha membanteras penyeludupan dan perjudian haram dalam usaha melindungi hasil negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan menyeluruh turut dilaksanakan bagi membendung kebocoran hasil terutama di kawasan sempadan.

“Tiga lokasi dikenal pasti mencatat kadar ketirisan tertinggi iaitu di Tawau, Perlis dan Rantau Panjang, dengan pengawasan serta kawalan kini dipertingkatkan dan lebih tertumpu di kawasan terbabit,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Bukit Bintang, Fong Kui Lun sama ada kerajaan melihat pembanterasan operator perjudian haram sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan hasil negara supaya usaha konsolidasi fiskal tidak bergantung kepada mengurangkan subsidi sahaja.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak berkompromi terhadap kegiatan perjudian haram, termasuk yang beroperasi secara dalam talian.

Beliau memaklumkan walaupun terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu, hasil tindakan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.

“Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera.

“Ada yang boleh buka dan tutup operasi dengan segera. Ini antara kekangan yang kita hadapi,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata selain langkah penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perjudian haram, kerajaan juga memberikan tumpuan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan undang-undang negara.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu